Sewaktu saya bersekolah di sekolah rendah pada tahun 70an , umumnya orang Melayu di kampung kampung hidup susah dengan kemudahan yang minima. Bekalan air dan elektrik masih tidak ada.
Kalau ada TVpun di kampung mungkin hanya ada sebuah, di rumah Ketua Kampung. Hiburan atau sumber berita utama adalah radio.
Di kampung saya pada ketika itu ada lebih kurang sepuluh rumah yang memiliki radio.
Mungkin kerana itu budak budak suka ke sekolah kerana di sekolah cikgu cikgu suka bercerita. Hampir setiap hari ada cerita yang disampaikan.
Saya nak kongsikan sebuah cerita yang sampai sekarang lekat dalam ingatan saya...
" Pada satu masa dahulu, di sebuah kampung tinggal seorang budak bersama ibunya. Bapa budak ini telah meninggal dunia kerana cedera diserang serigala.
Selepas kematian bapanya , budak ini menggantikan tugas bapanya sebagai pengembala kambing. Budak ini kerana yatimnya dikasihi oleh orang kampung. Pada masa itu ayat yatim selalunya diberikan perhatian dan kasih sayang.
Pada satu hari, budak ini berfikir untuk mengenakan orang kampung. Agaknya mahu bergurau dan mengusik. Dia tiba tiba menjerit,
" Serigala ! Tolong ! Tolong ! Serigala mahu menyerang kambing saya ! "
Orang kampung yang berkebun dan tinggal di kawasan berhampiran terkejut lalu masing masing berlari ke tempat budak itu mengembala. Masing masing membawa senjata.
Melihat orang kampung tercungap cungap budak ini menjadi seronok. Dia ketawa berdekah dekah walaupun orang kampung marah kerana dipermainkan.
Selang beberapa hari budak ini melakukan perkara yang sama. Orang kampung oleh kerana teringat kepada bapanya yang mati kerana serigala, berbelah bagi. Namun akhirnya semua berlari ke tempat yang sama dan tertipu sekali lagi. Tanpa rasa bersalah budak ini ketawa besar sekali lagi.
Takdir ALLAH TA'ALA, satu hari sekawan serigala benar benar menyerang kambing kambing yang dipelihara oleh budak ini. Dia menjerit sekuat hati sambil menangis. Tiada seorang orang kampung datang kerana menjangka sekali lagi akan terpedaya.
Hampir habis kambing budak ini. Nasib baik dia dapat menyembuyikan diri. Jika tidak, dia akan mengulangi sejarah bapanya.
Pada waktu itu, cikgu hanya mengingatkan kami, jangan menjadi penipu.
Sekarang , setelah lebih 30 tahun saya mendapat banyak pengajaran daripada cerita menarik ini.
1. Jangan menipu orang
2. Kita boleh tipu orang sekali atau dua kali
3. Penipu sejauh mana pandaipun tak akan selamat
4. Sudah pasti satu ketika penipu akan terhukum
Dalam dunia lebih ramai orang jujur daripada penipu. Sebab itu penipu tak boleh dibiarkan. Tindakan kena cepat macam teguran Dr Mahadir kepada Najib.
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA
DeleteMasa dulu susah tapi seronok
ReplyDeleteSelalu juga oenipu terlepas. Tapi kejap. Bila dapat makan tak habis
ReplyDeleteSetakat ini saya perhatikan tak pernah ada orang yang kuat menipu hidup man. Ada je masalahnya.
ReplyDeleteAKU BENCI ORANG MENIPU. LAKNATLAH JAWABNYA
ReplyDeleteKalau akulah, aku masukkan penipu ni dalam kandang serigala. Biar mampus!
ReplyDeletePenipu ni hati gelap macam arang. Ko cakap apapun tak de maknanya
ReplyDeletemana mana yang sah penipu, masukkan namanya dalam surat khabar!
ReplyDeleteSebenarnya saya mengikuti tulisan sdra dlm blog ini dan saya terpanggil utk menulis komen saya di ruangan ini kerana pada mulanya saya menyangkakan blog sdra adalah sama seperti blog blog lain yang hanya suka membawa cerita tidak benar dan fitnah. Tetapi setelah membaca dan meneliti tulisan tulisan sdra yg awal awal siap dgn bukti serta penghakiman tentang seorang hamba Allah yang sekarang ini berpangkat dato dan merupakan Timbalan Presiden FM saya cukup hormat pada sdra. Saya cuba cuba juga mencari maklumat dlm Internet pasal dato ni bukan apa, nak buat kajian sendiri dan tidak mahu dia jiran saya dan saya tidak mahu menerima terus tulisan saudara, makanya saya dpt byk maklumat perihal yg sdra.maksudkan ini. Dia memang seorang jutawan dan pemegang saham terbesar Air Asia X dan saham saham syarikat besar yang lain. Dato ni memang kaya raya. Saya juga tertanya tanya la barangkali kekayaan awalnya tu adalah hasil penipuan seperti yang sdra katakan. Memang sedihkan nasib bangsa kita.
ReplyDeleteTerima kasih Mandela, aku dah tahu siapa yang tuan tanah maksudkan. Aku tunggu reaksi tuan tubuh dalam beberapa hari ini untuk melakukan penyelesaian. kalau tiada apa apa tindakan, aku akan serahkan dokumen lebih jelas lagi !
Deleteشركة المثالية للتنظيف افضل شركة تنظيف بالمنطقة الشرقية تخصصت في تقديم كافة الاعمال المنزية من نظافة ومكافحة حشرات بالمنطقة فلديها افضل الخدماتبافضل جودة واوبارخص الاسعار التي لا تتوفر الا معها كافضل وارخص شركة تنظيف بالاضافة الي خدمتا مكافحة الحشرات ورش المبيدات الامنة والفعالة علي الحشرات بجميع انواعها .. تقدم لكم اليوم افضل العروض والخدمات بخصومات هائلة يمكنكم الحصول عليها من خلال الروابط التالية
ReplyDeleteشركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للنظافة
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر
شركة المثالية للتنظيف بالقطيف