Monday, August 18, 2014

LEBIH BAIK MENJADI JEBAT !

Watak jahat paling terkenal dalam sejarah Umat Melayu adalah Hang Jebat. Pelbagai percubaan dilakukan oleh para pengarang termasuk dalam era moden bukan sahaja gagal menyaingi Jebat bahkan langsung tidak berupaya menggugatnya.

Jebat selepas ratusan tahun sesekali mengatasi Hang Tuah daripada sisi moral dan maruahnya. Jebat derhaka bukan sekadar menentang sistem Istana tetapi menentang sistem pemikiran dan budaya perasaan orang Melayu.

Baca pandangan Muhammad Haji Salleh...

 Lihat juga dunia peribadi Hang Jebat, segala yang dilarang bukan sahaja tetapi lebih daripada itu ditemasyakannya dengan dayang dayang dan gundik, malahan biduan raja dalam satu fantasi meriah yang hanya dipentaskan di luar peraturan raja atau masyarakat. Ini adalah satu pemberontakan sepenuhnya. Nafsu yang dilarang dan diselindungkan itu diraikan dan dibebaskan. 

Teruskan bacaan...

 Temasya ini tidak berlaku dalam kekejaman, sekurang kurangnya dalam babak ini. Ada tarikan peribadi, dan ada perasaan bahawa mereka dikasihi. Ada sungai perasaan yang mengalir. Mungkin juga mereka dipujuk dan dipuji. Dan diberi penghormatan yang sebelum ini tidak mereka perolehi sebelum ini. Sebab itulah, maka digambarkan di dalam hikayat...

'Segala dayang dayang dan perwara dalam istana yang bermukah dengan Si Jebat terlalu kasih akan Si Jebat- lain daripada gundik raja empat puluh dan pendekar empat orang, lain daripada itu semuanya kasih akan Hang Jebat- tiada lagi ia mahu mengikut Raja' ( Hikayat Hang Tuah )

Tulisan ini tidak bercadang untuk mengulas halal haram perbuatan Jebat sewaktu membalas dendam tetapi ia mahu menjelaskan bagaimana setiakawan menjadikan Hang Jebat tokoh yang terus hidup walaupun telah beratus tahun jasadnya dikuburkan. SETIAKAWAN.

Sebab itu juga saya memilih untuk mendedahkan sebarang penderhakaan terhadap persahabatan tidak kira bentuknya. Sebarang bentuk penganiayaan terhadap kawan sehingga seseorang memuncak ke langit dengan memijak di atas kepala kawan yang pernah bersama dengannya.

Untuk berlaku adil, blog ini akan serta merta menyiarkan sebarang pembetulan dan penyelesaian dan sekiranya tidak tanpa sebarang ketakutan ia akan terus membongkar. Umat Melayu bangga dengan Jebat dan akan terus berbangga dengannya.

Jebat yang SETIA matinya mulia sampai bila bila !

14 comments:

  1. Setia ni bukan kira bangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


      KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


      Delete
  2. Tahniah. Berani kerana menegakkan yang hak

    ReplyDelete
  3. Kalau tak berani nak tegakkan kebenaran Islam tak sampai kat kita pun

    ReplyDelete
  4. Bagus bro. Sokong. Melayu bunuh Melayu mmg tak boleh dibiarkan

    ReplyDelete
  5. SAYA IKUT BLOG INI DARI MULA. SAYA SETUJU DENGAN CARA BLOG INI BERFUNGSI. SELAMA INI KITA BANYAK BENAR KETAKUTAN KERISAUAN. AKHIRNYA YANG TAK TAKUT BERMAHARAJALELA.

    ReplyDelete
  6. Bila pendehan dibuat, saya rasa yang terdedah perlua ada ruang untuk beri penjelasan

    ReplyDelete
  7. Setiakawan ini sekarang dah luntur dalam masyarakat Melayu. Dulu, sungguh. Orang sanggup perahan kawan sedaya upaya. Datuk Sagor adalah seorang yang kebal. Tapi Inggeris tahu beliau akan mati jika paku dicucuk ke
    kepalanya. Bagaimana Inggeris tahu? Ada kawan telah bocorkan rahsia ini.

    ReplyDelete
  8. Setiakawan ini sekarang dah luntur dalam masyarakat Melayu. Dulu, sungguh. Orang sanggup perahan kawan sedaya upaya. Datuk Sagor adalah seorang yang kebal. Tapi Inggeris tahu beliau akan mati jika paku dicucuk ke
    kepalanya. Bagaimana Inggeris tahu? Ada kawan telah bocorkan rahsia ini.

    ReplyDelete
  9. Kalau dikaji Hang Jebat setia tapi mati di tangan Hang Tuah.

    ReplyDelete
  10. Sokong Bro. Terus balun. Aku pantang sungguh kaki tipu kawan, makan kawan ni. Aku dah pernah kena dulu. Melarat aku bertahun tahun. Orang dah kena tahulah apa rasanya.

    ReplyDelete
  11. jika nak pikir byk pengajaran dari cerita melayu lama

    ReplyDelete
  12. Hahahaha....admin ko ni betul betul dpt habuan yg baik la. Entry ko sebelum pasal puisi Melayu la...pantun melayu la.....ni pasal jebat pulak. Hahahaha....jebat mati katak je wehh. Ari ni tuah tetap jadi hero...aku pun kalau boleh rembat aku rembat. Kalau sape2 jadikan aku proxy lagi baguih. Yang penting aku jadi jutawan. Dapt gelaran Dato atau Tan Sri....aku panjat naik status sosial kemudian beli saham mana2 syarikat besar pastu aku lak jadi presiden ke timbalan presiden ke mana2 persatuan sukan....gerenti org hormat aku. Persetan kan maruah. Pergi mampus semangat juang Melayu. Zaharen Zakaria contoh terbaik. Aku merana kerana perbuatan si puki mak ni. Haram jadah dpt rezeki haram buat makan anak bini dia.

    ReplyDelete
  13. You tunggu bro, Zaharen akan jawab!

    ReplyDelete