Saturday, August 16, 2014

ADA JUGA MELAYU MAKAN MELAYU ?

Blog ini dibina atas hasrat untuk mengangkat darjat dan martabat Melayu. Melayu selamanya dipandang rendah sehingga akhirnya orang Melayu sendiri percaya memang sebenarnya orang Melayu itu rendah. Blog ini insyaallah akan bercerita apa sahaja kehebatan Melayu di luar kerangka kecenderungan politik kepartian.

Namun begitu apabila ada orang Melayu diketahui cuba dalam apa cara sekalipun untuk merosakkan nama baik orang Melayu, maka blog ini tidak akan membenarkan ianya berlaku.

Oleh yang demikian saya tidak menunggu lama apabila seseorang menghantarkan kepada saya pelbagai bukti, dokumen yang menunjukkan ada orang Melayu yang sepatutnya mengharumkan nama Melayu tiba tiba mencemarkannya.

Saya tidak percaya ada orang Melayu yang telah berada di puncak, dihormati dan diberikan kedudukan yang tinggi sanggup merosakkan nama orang baik Melayu melalui perbuatannya.

Zaharen Zakaria adalah nama besar dalam dunia perniagaan dan sukan. Malaysia mengenalinya tapi Malaysia tidak menyedari dirinya yang sebenar.
Saya tidak pasti apakah beliau telah melunaskan tanggungjawab dan kewajipannya . 

Saya tidak mahu menyiarkan sederetan syarikat yang dikuasainya dan sejumlah aset yang dimilikinya. Saya berusaha untuk percaya bahawa beliau telahpun mula menyelesaikan beban yang dipaksakannya ke atas orang lain.

Saya menunggu pencerahan. Apa yang blog ini dedahkan adalah sebahagian kecil daripada onar yang dikatakan dilakukan oleh tokoh ini. Dan mungkin selepas ini ada lagi pendedahan akan dilakukan.

Atas nama kebenaran, blog ini akan terus memainkan peranan memelihara martabat Melayu bangsa yang bertuah ini.


                             




Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur


23 comments:

  1. Melambak Melayu macam ni. Mereka bermuka muka dan selalunya ada kabel kuat.

    ReplyDelete
  2. Sebelum ini dah ada kes macam ini. Masuk blog jugak kemudian saya dengar dah selesai. Saya harap ini juga akan selesai segera. Buat apa tangguh lagi jika memang patut bayar, bayar sajalah. Senang cerita.

    ReplyDelete
  3. Benda ni ramai kalangan korporat dah tau.

    ReplyDelete
  4. Inilah masalah orang kita. Dah dapat kedudukan lupa asal usul

    ReplyDelete
  5. Dahsyatlah. Perintah mahkamahpun dia tak peduli

    ReplyDelete
  6. Kalau betul dia salah dia tak akan terlepas

    ReplyDelete
  7. Saya rasa macam pernah jumpa lelaki ni.

    ReplyDelete
  8. Undang undang tak mengenal bangsa, agama atau kedudukan seseorang. Jika beliau bersalah masanya akan tiba untuk beliau dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  9. Tak bersyukur. Tuhan bagi nikmat tapi buat onar .

    ReplyDelete
  10. Jika ini betul, aku harap supaya individu ini dikenakan tindakan. Kita tak boleh biarkan ia menjadi barah, merosakkan nama baik dan imej umat melayu.

    ReplyDelete
  11. Ini yang menyebabkan bangsa lain tak hormat Melayu

    ReplyDelete
  12. Hidup ni ringkas je. Satu hari kita akan mati. Kalau berhutang tak masuk syurga

    ReplyDelete
  13. Jangan dibiarkan oerkara ini berlarutan. Penjelasan mesti dibuat. Datuk Zaharen orang dikenali. Jangan rosakkan diri sendiri

    ReplyDelete
  14. Aku sama Bro. Salah tak kira siapa. Yang bersalah mesti dihukum

    ReplyDelete
  15. Saya akan dapatkan detail. Kalau dah settle oklah. Kalau belum kita panjangkan perkara ini

    ReplyDelete
  16. Kita tak boleh benarkan parasit subur dalam kalangan masyarakat Melayu.

    ReplyDelete
  17. Bila ada melayu buat hal ini bukan melambangkan melayu selurunnya

    ReplyDelete
  18. He..he..kabel bro. Dia ni rapat dengan org politik. Jadi siapa yang cemarkan sistem kehakiman. Orang besar bukan orang kecil

    ReplyDelete
  19. Berpadalah. Cukuplah. Ambil tindakan.

    ReplyDelete
  20. Punah ! Apa maknanya berjaya kalau pijak kepala orang lain

    ReplyDelete
  21. Jangan tergadai maruah. Kerana pertahan seseorang kita korbankan kxebenaran. Macam mana Tuhan nak tolong

    ReplyDelete
  22. Spesis macam ni melambak. Melayu Cina sama. Sebab itu aku percaya tindakan tegas mesti diambil.

    ReplyDelete
  23. Bro, blog bro dah dilinkkan dgn blog bumiyang!!!

    ReplyDelete