Thursday, August 14, 2014

MELAYU DALAM ALUN MERDEKA !


Tiba tiba seorang teman lama melontarkan nukilan. Saya tidak pasti penciptanya  dan saya juga tidak pasti hasrat beliau. Beliau hanya menyebut, kongsilah. Saya mempunyai perasaan tersendiri bilamana bercakap tentang Melayu tetapi memilih untuk tidak menulis apa yang saya rasakan. Harapan saya pembaca bebas memilih persaan sendiri...Tanpa sebarang pindaan.


Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga Nepal pula menjadi Jaga,
orang Bangla yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya,
kau menjadi jaguh dunia bab bergaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada orang yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,
riak, bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....

SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57


11 comments:

  1. Tetapi Melayu tetap senantiasa melayu...
    • suka dipuji
    • suka dibantu
    Siapa banyak memuji; siapa banyak membantu - itulah orang baik. Kalau mereka minta betis... tak apa - bagi peha. Itulah orang yang sangat baik kepada Melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
  2. Sedap. Org Melayu oerlu buat muhasabah. Pembetulan

    ReplyDelete
  3. Byk pengajaran untuk org Melayu. Pantun, seloka, cerita rakyat. Malangnya orang Melayu tak mahu belajar

    ReplyDelete
  4. ADA MELAYU BERJAYA TAPI HILANG MELAYUNYA

    ReplyDelete
  5. Berbanding bangsa lain orang Melayu sanggup korbankan bangsa kerana politik

    ReplyDelete
  6. Pemimpin Melayu kena duduk bincang. Para bijak pandai kena bercakap. Susun semula perncangan memprrkuatkan Melayu.

    ReplyDelete
  7. Hang Tuah Melayu Hang Jebatpun Melayu. Tengok apa jadi ?

    ReplyDelete
  8. Melayu akan bangkit hanya setelah jatuh. Aku risau sekali ini setelah jatuh Melayu dihalang untuk bangkit

    ReplyDelete
  9. Ramai jugak melayu berjaya tapi lupa diri

    ReplyDelete
  10. Ada melayu cerdik tapi bongkak!

    ReplyDelete