Namun begitu apabila ada orang Melayu diketahui cuba dalam apa cara sekalipun untuk merosakkan nama baik orang Melayu, maka blog ini tidak akan membenarkan ianya berlaku.
Oleh yang demikian saya tidak menunggu lama apabila seseorang menghantarkan kepada saya pelbagai bukti, dokumen yang menunjukkan ada orang Melayu yang sepatutnya mengharumkan nama Melayu tiba tiba mencemarkannya.
Saya tidak percaya ada orang Melayu yang telah berada di puncak, dihormati dan diberikan kedudukan yang tinggi sanggup merosakkan nama orang baik Melayu melalui perbuatannya.
Zaharen Zakaria adalah nama besar dalam dunia perniagaan dan sukan. Malaysia mengenalinya tapi Malaysia tidak menyedari dirinya yang sebenar.
Saya tidak pasti apakah beliau telah melunaskan tanggungjawab dan kewajipannya .
Saya tidak mahu menyiarkan sederetan syarikat yang dikuasainya dan sejumlah aset yang dimilikinya. Saya berusaha untuk percaya bahawa beliau telahpun mula menyelesaikan beban yang dipaksakannya ke atas orang lain.
Saya menunggu pencerahan. Apa yang blog ini dedahkan adalah sebahagian kecil daripada onar yang dikatakan dilakukan oleh tokoh ini. Dan mungkin selepas ini ada lagi pendedahan akan dilakukan.
Atas nama kebenaran, blog ini akan terus memainkan peranan memelihara martabat Melayu bangsa yang bertuah ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur
Melambak Melayu macam ni. Mereka bermuka muka dan selalunya ada kabel kuat.
ReplyDeleteSebelum ini dah ada kes macam ini. Masuk blog jugak kemudian saya dengar dah selesai. Saya harap ini juga akan selesai segera. Buat apa tangguh lagi jika memang patut bayar, bayar sajalah. Senang cerita.
ReplyDeleteBenda ni ramai kalangan korporat dah tau.
ReplyDeleteInilah masalah orang kita. Dah dapat kedudukan lupa asal usul
ReplyDeleteDahsyatlah. Perintah mahkamahpun dia tak peduli
ReplyDeleteKalau betul dia salah dia tak akan terlepas
ReplyDeleteSaya rasa macam pernah jumpa lelaki ni.
ReplyDeleteUndang undang tak mengenal bangsa, agama atau kedudukan seseorang. Jika beliau bersalah masanya akan tiba untuk beliau dikenakan tindakan.
ReplyDeleteTak bersyukur. Tuhan bagi nikmat tapi buat onar .
ReplyDeleteJika ini betul, aku harap supaya individu ini dikenakan tindakan. Kita tak boleh biarkan ia menjadi barah, merosakkan nama baik dan imej umat melayu.
ReplyDeleteIni yang menyebabkan bangsa lain tak hormat Melayu
ReplyDeleteHidup ni ringkas je. Satu hari kita akan mati. Kalau berhutang tak masuk syurga
ReplyDeleteJangan dibiarkan oerkara ini berlarutan. Penjelasan mesti dibuat. Datuk Zaharen orang dikenali. Jangan rosakkan diri sendiri
ReplyDeleteAku sama Bro. Salah tak kira siapa. Yang bersalah mesti dihukum
ReplyDeleteSaya akan dapatkan detail. Kalau dah settle oklah. Kalau belum kita panjangkan perkara ini
ReplyDeleteKita tak boleh benarkan parasit subur dalam kalangan masyarakat Melayu.
ReplyDeleteBila ada melayu buat hal ini bukan melambangkan melayu selurunnya
ReplyDeleteHe..he..kabel bro. Dia ni rapat dengan org politik. Jadi siapa yang cemarkan sistem kehakiman. Orang besar bukan orang kecil
ReplyDeleteBerpadalah. Cukuplah. Ambil tindakan.
ReplyDeletePunah ! Apa maknanya berjaya kalau pijak kepala orang lain
ReplyDeleteJangan tergadai maruah. Kerana pertahan seseorang kita korbankan kxebenaran. Macam mana Tuhan nak tolong
ReplyDeleteSpesis macam ni melambak. Melayu Cina sama. Sebab itu aku percaya tindakan tegas mesti diambil.
ReplyDeleteBro, blog bro dah dilinkkan dgn blog bumiyang!!!
ReplyDelete